Selamat Datang Ke Blog Catatan LR Soflin... All is about journey of life | Hobbies | Photography | and ....

Sunday, October 16, 2016

Drama Suri Hati Mr.Pilot

Suri Hati Mr.Pilot - Drama terbaru adaptasi novel Suri Hati Mr.Pilot karya Dyla Dyna yang telah mulai ditayangkan di Astro Ria pada 10 Oktober 2016 yang lalu menampilkan gandingan Fattah Amin dan Neelofa sebagai pelakon utama.

LR sebenarnya tak sempat pun menonton melalui kaca TV memandangkan kesibukan yang melanda sejak kebelakangan ini. Kiranya drama ni lah yang tengah hot buat masa ini selain drama Patahnya Sebelah Sayap yang ditayangkan di Slot Samarinda TV3 tu. LR pun sebenarnya tak tonton lagi drama tersebut. So, tak tahu lagi jalan cerita dia bagaimana. Best ke tidak. Tapi dengarnya jalan cerita dia menarik juga. Tapi tu lah, tak ada kesempatan lagi nak tonton. Memandangkan dah jauh ketinggalan drama Patahnya Sebelah Sayap maka LR pun memilih untuk menonton drama Suri Hati Mr. Pilot ni terlebih dahulu. Lagipun nak tengok sangat Neelofa berlakon sebabnya LR tak pernah lagi tengok si Lofa ni berlakon! Tengok dalam rancangan Meletops saja.


Cari punya cari drama ni LR pun terjumpa la dengan blog FLM4u nih..So apa lagi, LR pun tontonlah drama ni seorang-seorang. Special thanks kepada blog FLM4u sebab LR dapat tonton drama ini mulai dari Episod 1 - Episod 4. Yang pastinya tak sabar nak menonton Episod 5 dan seterusnya direct melalui kaca TV! Okey di sini LR sertakan link drama tersebut untuk memudahkan anda yang dah ketinggalan drama ini untuk menonton melalui blog tersebut.


Tonton Drama Suri Hati Mr.Pilot Full Episod (Ep.1-16)




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...