Selamat Datang Ke Blog Catatan LR Soflin... All is about journey of life | Hobbies | Photography | and ....

Thursday, September 29, 2016

Sepetang Bersama





Petang ini LR menemani Encik Suami bermain Badminton bersama-sama rakan sekerja. LR hanya memerhati mereka berlawan di court.  Ini kali pertama LR melihat Encik Suami bermain badminton sepanjang perkahwinan kami. Rupanya agak hebat juga bermain badminton. Walaupun sekadar 'main-main' sahaja.




Game bermula pukul 4 petang. Tapi kami lambat tiba di Dewan Markas Polis Marin. Melihat gelagat mereka sedikit sebanyak dapat mengurangkan stress akibat kerja yang bertimbun di office. Apa tidaknya, ada yang beria nak pukul shuttle tapi tidak mengena 😂 membuatkan rakan-rakan yang lain tertawa.

Sebenarnya game seperti ini adalah bentuk riadah yang cukup baik terutama kepada penjawat-penjawat awam kerana ianya dapat mengurangkan tekanan akibat kerja selain baik untuk kesihatan tubuh badan dengan adanya pengeluaran peluh.

Kami balik tepat pukul 5 meninggalkan rakan-rakan lain yang masih lagi meneruskan game. Actually hari ini ada lagi, tapi Encik Suami tak dapat join sekali di sebabkan ada urusan yang lebih mustahak.

Okey sampai di sini saja coretan LR untuk entri kali ini. Moga bertemu di entri seterusnya.. 😊

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...