Selamat Datang Ke Blog Catatan LR Soflin... All is about journey of life | Hobbies | Photography | and ....

Friday, September 2, 2016

Siapa Aku?

Assalamualaikum..

Catatan pertamaku untuk blog yang baru sahaja aku tubuhkan ini adalah berkenaan serba sedikit latar belakangku.

Blog ini aku tubuhkan semata-mata untuk catatan perjalanan hidupku sebagai seorang isteri, mama kepada dua orang anak yang comel dan bijak dan juga sebagai seorang government's servant.

***************************************************

Aku LR. Tapi aku lebih suka membahasakan diriku sebagai "AKU". Aku seorang wanita yang berperwatakan biasa-biasa saja. Anak bongsu daripada 8 orang adik beradik. Aku bersekolah di SMK*** Semporna dan tamat sehingga STPM pada tahun 2007. Keputusan STPM yg aku perolehi setelah belajar bersungguh-sungguh hanyalah 2P.. Science Stream ..susah kot. Aku tidak berputus asa..aku memohon Diploma di IPTA menggunakan sijil SPM yang ada. Alhamdulillah..aku ditawarkan Diploma Perladangan di UiTM Kampus Sabah.

Awal Januari 2008 aku mendaftar masuk ke UiTM Sabah. Dua semester di UiTM ..semasa study week final exam di semester 2 aku dimaklumkan kakakku yang aku berjaya dalam temuduga SPP yang telah aku hadiri sebelum memasuki UiTM dulu. Panggilan kerja yang dahulunya amat aku nanti-nantikan..setelah 2 semester di UiTM rasa berat hati untuk quit. Namun atas permintaan ayah, aku terpaksa turuti keinginannya untuk memilih kerja tersebut. Kerja biasa-biasa sahaja. Aku hadiri taklimat dan sekaligus melapor diri di Hotel Marco Polo Tawau.

Awal November 2009 aku melaporkan diri di Sekolah yang mana aku telah ditempatkan. Bertemu dengan rakan-rakan sekerja yang jauh lebih berumur dariku. Aku staf paling muda..21 tahun okey..hahaha. Ogos 2010, pertemuan pertama dengan Encik Husband di Jeti Awam Pekan Semporna..dia guru yang baru posting. Tak sangka dia la jodohku.

Awal September 2011, aku menamatkan zaman bujang bersama pilihan hati yang 4 tahun lebih tua dariku..yang juga merupakan sepupuku. Namun yang peliknya kami tak pernah berjumpa dan tak pernah kenal sebelum ini. Indah sungguh perancangan Allah S.W.T .

Awal Jun 2012, kami dikurniakan cahaya mata pertama kami dan akhir bulan Mei 2015 lahir lah anak kedua kami..Syukur Alhamdulillah. Semoga mahligai yang kami bina dirahmatiNya, berkekalan dan bahagia hingga ke Jannah bersama zuriat-zuriat yang soleh dan soleha. Aamiin...


Itu sahaja dariku.
-lrsoflin-






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...