Selamat Datang Ke Blog Catatan LR Soflin... All is about journey of life | Hobbies | Photography | and ....

Saturday, September 3, 2016

Happy 5th Wedding Anniversary ♡

Assalamualaikum..

Seperti biasa anak-anakku telah pun tidur nyenyak. Aku pun apalagi ambil lah peluang menulis dalam blogku ini. Ermm.. entri yang ku tulis kali ini berkenaan aktivitiku bersama keluarga sepanjang hari ini bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Perkahwinanku yang ke-5 tahun.

Pejam celik..pejam celik dah 5 tahun usia mahligai yang aku bina bersama Encik Suami. Sungguh cepat masa berlalu.. Aku dan Encik Suami tidak merancang apa-apa majlis istimewa secara besar-besaran kerana bagiku cukuplah sekadar sambutan biasa-biasa antara aku dan encik suami serta ditemani anak-anakku yang soleh soleha.

Encik Suami mengajakku dan anak-anak makan di luar hari ini. Dia meminta aku memilih tempat makan sekaligus meraikan hari ulangtahun perkahwinan kami berdua dan aku memilih restoran yang biasa-biasa sahaja. Tidak perlu ke Hotel 5 Bintang pun jika yang 'restoran biasa-biasa' itu menghidangkan makanan yang jauh lebih enak dibandingkan dengan tempat-tempat makan yang high class.

Okey..restoran yang menjadi pilihanku ialah Semporna Chicken Rice.. lokasi berhadapan dengan jalan menuju ke Hospital Semporna. Restoran ini baru sahaja dibuka tak sampai setahun pun lagi. Ini kali kedua aku sekeluarga makan di restoran ini. Pertama kali pada bulan ogos yang lalu..semasa kami shopping untuk belanja dapur. Aku memilih restoran ini sudah tentulah sebab makanan dia yang sedap. Sebelum ini aku memesan Mee Goreng Seafood dan memang sedap, betul-betul menepati citarasaku.

Okeylah..stop flashback. Kali ini aku order Nasi Ayam Penyet, Sotong Belacan dan Jus Mangga manakala encik suami dan anak solehaku order Mee Goreng Seafood dan Milo Ais Tabur. Lupa nak ambil gambar makanan yang kami order dek kerana lapar..hiii. Sementara menunggu makanan tiba..kami sempat mengambil gambar kenangan bersama kek yang aku tempah tengahari tadi dengan sis Gee Zekry. Kek Keju Leleh yang sememangnya tengah popular sekarang. Kek simple saja sebab pada mulanya kami dah decide tak nak beli kek untuk ulangtahun kali ni nak elak pembaziran kononnya. Tapi fikir punya fikir akhirnya aku berubah fikiran..nak juga kek walaupun kek biasa-biasa saja. Harga Kek Keju Leleh tu RM35.00. Saiz agak besar la juga..mungkin saiz 7-8". Keknya memang sedap..moist gitu. Tak berat dan berbau wangi..kesimpulannya memang berbaloi-baloi order kek dengan sis Gee Zekry tu.

Sesudah puas bergambar kami pun apalagi..makan lah kek tersebut.
Kek Keju Leleh
                                       


Tulisan tu diperbuat daripada coklat putih berperisa pandan..wangii

Sesudah selesai makan..kami pun balik. Tapi sebelum balik kami singgah membeli durian berdekatan Jeti Awam Pekan Semporna. Durian Kahwin RM12 sekilo, harga agak mahal berbanding Durian yang kami beli di Taman Sempol semalam yang berharga RM6 sekilo. Sayangnya 'Pakcik Durian' semalam tu dah tak menjual. Barangkali Duriannya laku kesemuanya semalam. Apa tidaknya..orang lain jual mahal tapi dia jual murah..memang laku cepatlah. Alhamdulillah.

Encik Suami beli 2 biji Durian berat 2.3kg. Harga RM30. Agak mahal..tapi tak apa lah sekali sekala lagipun memang berbaloi sebab isinya tebal dan manis. Di Daerah Semporna jarang dapat Durian yang dijual dengan harga murah. Lainlah kalau di Daerah Tawau atau Ranau.

Durian Kahwin 2.3kg RM30


Nampak sungguh menyelerakan!

Isi tebal dan manis
Encik Suami mengadu kekenyangan. Apa taknya, Mee Goreng Seafood, Sotong Belacan, Kek Keju Leleh dan durian menjadi santapan hari ini. Memang kenyang amat lah...hiii. Kek Keju Leleh pun tak habis makan lagi. Sambung kemudian.

Apapun aku amat gembira hari ini. Doaku...

Semoga rumahtangga yang kami bina bersama ini mendapat rahmat dari-Nya, kekal bahagia hingga ke jannah bersama-sama zuriat yang soleh dan soleha.

Ya Allah, Engkau panjangkanlah usia suamiku, usiaku dan usia anak-anakku. Engkau berikanlah kami kesihatan yang berpanjangan. Janganlah Engkau sesatkan kehidupan kami didunia ini. Jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sentiasa patuh dengan suruhanMu dan bersyukur atas nikmatMu.
Aamiin...

Sekian dariku,
-lr soflin-


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...