Selamat Datang Ke Blog Catatan LR Soflin... All is about journey of life | Hobbies | Photography | and ....

Sunday, September 25, 2016

Demam Selesema + Buah Durian

Bismillah..

Selamat berhujung minggu semua.. LR hari ni tak ke mana-mana. Sebabnya LR sekarang ni tengah demam selesema gara-gara kehujanan semasa balik dari kerja hari jumaat yang lepas. Hujan lebat sepanjang perjalanan balik even dah berpayung. Masa zaman kanak-kanak dulu jarang sakit walaupun mandi hujan. Tapi sekarang ni dah lain, kena hujan memang selesema la jawabnya.

LR sempat tangkap beberapa gambar untuk dimasukkan dalam blog Jumaat lepas.


Kawasan Kg. Tampi-tampi

Jalan Kabogan Kg.Bubul Lama

Banjir

Banjir di kawasan kampung. Simpati pada penduduk kampung yang mana rumahnya dibanjiri air lumpur. Walaupun cuma paras betis tapi suda cukup merosakkan harta benda sebab di kawasan ni kebanyakkan rumah rendah dan bertingkat. Sepanjang perjalanan LR nampak ramai budak-budak kecil sedang 'bermandi-manda' di hadapan rumah. Seolah-olah gembira sebab dapat mandi 'kolam' depan rumah tanpa memikirkan bahaya yang bakal menimpa. 

LR pelik, mana ibubapa dan penjaga mereka? Tidak bimbang kah mereka akan kesihatan anak-anak mereka sehingga membiarkan anak-anak mereka bermandi-manda dengan air banjir yang sudah tentu tidak selamat dari segi kebersihan. Apa tidaknya air parit di sepanjang jalan juga sudah bercampur dengan air banjir. Paling menakutkan jika ada yang lemas atau terkena jangkitan virus Kencing Tikus Leptospirosis.

Nampak sangat ibubapa dan penjaga kurang pengetahuan berkenaan penyakit bawaan virus kencing tikus yang boleh membawa kepada kematian. Semoga tiada perkara buruk berlaku pada kanak-kanak tersebut.

Di sebabkan LR demam selesema maka tak dapatlah makan buah durian yang Encik Suami beli tadi. Persoalannya, betul ke orang demam or sakit tak boleh makan buah durian? Nak sangat nii... ermm

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...