Selamat Datang Ke Blog Catatan LR Soflin... All is about journey of life | Hobbies | Photography | and ....

Wednesday, September 21, 2016

Darat Atau Pulau?


Gambar : Bot Sewa LR

Bismillah..

LR tak masuk pulau pagi tadi disebabkan ada urusan penting yang perlu diselesaikan segera. Terserempak dengan seseorang pagi tadi menyebabkan LR sekarang ini dalam dilema. Dalam dilema sama ada nak memohon bagi pertukaran akan datang ni atau tidak sebabnya LR dapat pelawaan dari orang tu untuk bertukar ke tempat kerjanya sebab ada kekosongan di sana.

Sebenarnya ini lah yang LR nanti-nantikan. Sudah lama keinginan untuk berpindah ke tempat baharu memandangkan LR dah berkhidmat di tempat kerja sekarang ni hampir 7 tahun. Satu tempoh yang agak lama. LR perlukan suasana dan persekitaran kerja yang baharu. Agak bosan bekerja ditempat yang sama dalam jangka masa yang panjang. Lagipun LR kena memikirkan anak-anak yang kian membesar dan tidak lama lagi akan memasuki alam persekolahan. Sampai bila terus bekerja di pedalaman? Tapi hati berat nak meninggalkan tempat kerja sekarang. Masing-masing ada pro dan kontra. Aku dalam dilema!

Encik Suami pun tak dapat memberi pandangan. Tapi setakat ini LR pilih untuk terus bertahan di pulau. Semoga bila tiba masanya untuk LR bertukar maka akan dipermudahkan segalanya. Dipermudahkan untuk LR memilih mana yang terbaik buat LR. Aamiin..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...