Selamat Datang Ke Blog Catatan LR Soflin... All is about journey of life | Hobbies | Photography | and ....

Sunday, September 4, 2016

Bibik Oh Bibik



Assalamualaikum,

10.32 pagi
Pagi  aku bangun pagi seperti biasa. Encik Suami dan anak-anak juga telah lama bangun. Badan agak lenguh pagi ni. Penangan buah durian agaknya. Aku sediakan makanan anak-anakku kemudian mengemas dapur. Pagi ini semua kerja rumah aku buat seorang diri sebabnya Pembantu Rumah aku telah pun berhenti kerja kelmarin. Katanya nak menemani ibunya yang baru sahaja bersalin. Aku pun terpaksa akur dan syukur alhamdulillah telah pun ada pengganti. Pukul 11 pagi ini aku sekeluarga bersama mama akan menjemput Pembantu Rumah aku yang baharu tu. Aku dan suami tidak pernah bersua muka lagi dengan Pembantu Rumah tersebut sebab mama yang atur semuanya. Harapanku agar Pembantu Rumah yang baharu ni jauh lebih baik dari yang sebelum ini. Aku sangat mementingkan aspek kebersihan di rumah. Jadi 'pembersih' menjadi syarat utama dalam pemilihan pembantu rumah ku. Ok lebih kurang setengah jam lagi masa yang ada. Aku perlu bersiap.. Ok bai!

4.26 petang
Alhamdulillah, pembantu rumah dah ada. Aku harap dia dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya. Aku sekeluarga menjemput dia di rumahnya yang bertempat di Kampung Tagasan. Agak lama juga di sana memandangkan hujan tiba-tiba turun sebaik sahaja mama turun dari kereta ke rumahnya. Pembantu rumahku ini tinggal di kawasan ladang Kelapa Sawit. Kampung yang agak jauh dari kawasan bandar. Apapun aku tidak kisah akan semua itu kerana yang penting bagiku dia dapat menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya.

Hujan turun membasahi bumi

Inilah rumahnya..dikelilingi Pokok Kelapa Sawit

Sebelum mengakhiri entri kali ini..di sini aku kongsikan ceramah atau kuliah daripada seorang pendakwah selebriti yang aku cukup gemari iaitu Ustazah Nor Hafizah Musa.

                      Sila klik link di bawah 👇
                             Bibik Oh Bibik


Sekian dariku,
-lr soflin-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...