Selamat Datang Ke Blog Catatan LR Soflin... All is about journey of life | Hobbies | Photography | and ....

Sunday, September 18, 2016

Aktiviti Hujung Minggu Cuti Persekolahan

Masjid Ar-Rahman Daerah Semporna Sabah
         Cantik sungguh Masjid Ar-Rahman Daerah Semporna ni. Lokasi terletak di tengah-tengah bandar. Dari tingkat ruangan solat wanita kita boleh melihat pulau-pulau sekitar Daerah Semporna seperti Pulau Bum-Bum, Pulau Sebangkat, Pulau Selakan, Pulau Bohey Dulang, Pulau Maiga dan Pulau Sibuan. Dulu LR kerap di Masjid Ar-Rahman ni. Sekitar tahun 2007 - 2008, jadi setiap kali selesai menunaikan kewajipan LR selalu menjengah melalui tingkap melihat pemandangan laut dan pulau. Hati rasa tenang sangat. Itu cerita tahun 2007-2008, sekarang ni memang jarang sangat dah masuk ke Masjid Ar-Rahman ni sebab lebih selesa menunaikan kewajipan di rumah. Kali terakhir LR masuk ke masjid ni kalau tidak silap Mei 2011 masa LR menghadiri Kursus Pra Perkahwinan bersama Encik Suami. Gambar ni LR tangkap petang tadi masa LR dan family jalan-jalan di sekitar bandar sambil membeli barang dapur yang kurang.

Pasar Ikan area Seafeast

        Ni lah salah satu Pasar Ikan Semporna. Di kawasan ni lah para nelayan kapal menurunkan hasil tangkapan dan menjual terus kepada pembeli. Tapi kebanyakan hasil tangkapan akan dihantar dan dijual ke luar daerah. Sebenarnya buat masa ini Daerah Semporna tiada Pasar Ikan kekal sebab masih dalam pembinaan. Pasar Ikan yang lama sedang dinaiktaraf. Harapan LR dapatlah Pasar Ikan yang selesa nanti. Encik Suami kata harga pasaran ikan sekarang sangat lah mahal. Apa tidaknya, Ikan Tulai sekilogram RM10. Ikan Basung sekilogram RM8. Encik Suami beli sekilogram Ikan Tulai baharu dapat 5 ekor. Mahalnya.. Ikan Tulai lebih mahal berbanding daging ayam. Dada Ayam sekilogram baharu sekitar RM9.60. Sekarang ni dah tak macam dulu dah. Kalau dulu daging ayam lebih mahal berbanding ikan. Entah apa alasannya sehinggakan harga naik mendadak sampai macam tu sekali.

Two N Coffee Chocolate Flavour 

         Haaa.. tudia minuman tengah popular di Daerah Semporna sekarang iaitu minuman Big Cup Coffee. Saiz besar macam ni harganya RM5. LR sempat singgah beli minuman dan Pisang Goreng sebelum pergi menjemput Pembantu Rumah di kampung. Ye lah kampung Pembantu Rumah LR tu agak jauh juga lebih kurang 15-20 minit perjalanan pergi balik. Sekurang-kurangnya adalah makanan yang boleh dikudap sepanjang perjalanan agar tidak bosan asyik menghadap jalan dan pokok Kelapa Sawit kiri kanan.

        Pejam celik - pejam celik habis dah cuti seminggu. Esok LR dan Encik Suami dah kena kerja seperti biasa. Cepat saja masa berlalu. Tadi sebelum anak sulung tidur, LR sempat berborak dengan dia. LR cakap dekat dia macam ni "Sayang, esok mama dan papa kerja dah nanti bila sayang bangun pagi mama dan papa dah pergi kerja.." Si anak ni pun dengan muka terkejut lalu berkata "Mama kerja cari duit?" Itulah yang menjadi pertanyaan si anak.. Dalam hati berkata.." Anak kecil yang baru berusia 4 tahun pun tahu yang ibubapanya kerja untuk cari duit.." Kesedihan terpancar diraut wajahnya. Bersabarlah sayang.

....dan LR pun dah terbayang-bayangkan kerja yang tengah menanti di office. Baiklah jom berehat mengumpul tenaga untuk hari esok...

~lr soflin~









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...